Select Page

Satu Sekolah Dapat MIE Expert ! Tahniah SK Taman Bukit Indah

Satu Sekolah Dapat MIE Expert ! Tahniah SK Taman Bukit Indah

Wah kami pun tak sangka ada sekolah yang semua guru-gurunya mendapat pengiktirafan Microsoft Innovative Educator Expert.

Tahniah kepada pentadbir sekolah ini yang mendorong semangat warga sekolah untuk sampai tahap ini.

Selain itu sekolah ini dah masuk tahun ketiga berturut-turut dalam Micorosoft Showcase School.

Nampak macam kerja yang mudah.. Tetapi, untuk mencetuskan suasana pendigitalan dalam PdPc dan PdT secara holistik dalam sesebuah sekolah menuntut ketabahan dan kerjasama yang maksimum terutama bagi merealisasikan apa yang dirancang secara strategik.

Bermula dengan cabaran sebagai rintis Microsoft Showcase School, perjalanan ke Microsoft Education Exchange (E2), kini @SK Taman Bukit Indah, Johor Bahru berupaya membuka dimensi baharu pendidikan digital dengan kompetensi semua guru diiktiraf sebagai Microsoft Innovative Educator Expert.

Tahniah kepada cikgu Fadzli Ishak, syabas buat cikgu Rasman Karim dan semua tonggak guru SKTBI, JB. Terus melestarikan budaya Pendidikan Digital mendepani cabaran Revolusi Perundustrian 4.0. 💪

Kredit page sekolah bukit indah dan pegawai SSTP JPN Johor

About The Author

Shares