Selesai sudah bengkel Digital Classroom 2019 sempena My Digital Maker Fair 2019 di MITEC, Kuala Lumpur pada 14 dan 15 September 2019.
Bengkel ini mengumpulkan pakar-pakar digital classroom daripada seluruh negara untuk berkongsi dan berjumpa dengan guru-guru yang datang untuk mengenali lebih dekat lagi apa itu Digital Classroom.
Antara pengisian bengkel tersebut selama dua hari ialah mengikut sesi iaitu :
Sesi Pagi
- Bengkel 1 : Scratch the Classroom – Cikgu Lyz
- Bengkel 2 : Hold It In Your Hand (AR) – Cikgu Kamil
- Bengkel 3 : Anime with Pencil 2D – Cikgu Bella
Sesi Petang
- Bengkel 4 : Create Digital Lesson in 5 Minutes – Cikgu Saripah
- Bengkel 5 : Embracing Knowledge with Grab, Snap, Teach and Share – Cikgu Kay
- Bengkel 6 : Unique Video : Filmora Go – Cikgu Ridwan
Tahniah kami ucapkan kepada peserta yang sanggup datang daripada jauh untuk bersama-sama kami pada hari tersebut.
Terima kasih kepada para penaja Digital Classroom, iaitu Microsoft, MDEC, SNS Network, Joi Computer dan ramai lagi