Select Page

Jom Explore Aplikasi Telegram Untuk PdPR

Jom Explore Aplikasi Telegram Untuk PdPR

Salam Sejahtera Warga KPM

📢Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak akan mengadakan sesi perkongsian khas untuk PdPR bagi pendedahan aplikasi dan platform pembelajaran yang menarik dan berkesan untuk membantu guru-guru dalam melaksanakan PdPR.

Sesi perkongsian yang dijalankan ini terbuka kepada mana- mana guru atau pegawai yang berminat untuk menambah dan memperkasa ilmu ICT mereka.
Guru-guru yang ingin menyertai sesi perkongsian tersebut perlu memastikan tarikh dan masa tidak bertindih dengan jadual PdPR atau mesyuarat penting sekolah.

Butiran sesi perkongsian :

  • Tajuk Perkongsian: Jom Explore Aplikasi Telegram Untuk PdPR
  • Tarikh: 9 Ogos 2021
  • Hari: Isnin
  • Masa: 2.30 petang

Penceramah:
Cik Kho Ling Hong
Pejabat Pendidikan Daerah Subis

Moderator:
Puan Tammy Teo Ching Sin
Penolong Pengarah
Sektor Sumber Teknologi Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Kongsikan pautan ini kepada Warga Pendidik di KPM, JPN, PPD dan sekolah masing-masing

Kehadiran guru yang mengikuti sesi perkongsian ini akan direkodkan dalam SPL. Link kehadiran SPLKM akan diberikan semasa sesi perkongsian tersebut berlangsung.

Anjuran:
Sektor Sumber Teknologi Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

👉 Hanya klik pautan berikut: https://www.youtube.com/watch?v=JTVnj84_3Bo

About The Author

Shares