Select Page

MICROSOFT FUN-TASTIC SCHOOL BREAK PROGRAM BIL 1/2022

MICROSOFT FUN-TASTIC SCHOOL BREAK PROGRAM BIL 1/2022

Dimaklumkan bahawa Sektor Pengintegrasian Teknologi Pendidikan, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Microsoft Malaysia dan Microsoft Global Training Partner (Fedelis) akan menganjurkan program Microsoft Fun-tastic School Break Program Bil 1/2022. Program tersebut akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

Sesi Pagi:
Tarikh : 14 -18 Mac 2022 (Isnin – Jumaat)
Masa : 10.00am – 12.30pm
Pautan : https://aka.ms/fun-tastic_am
Kumpulan sasaran: Murid (Darjah 1 – Tingkatan 5)

Sesi Petang:
Tarikh : 14 -18 Mac 2022 (Isnin – Jumaat)
Masa : 2.00 pm- 3.30 pm
Pautan : https://aka.ms/fun-tastic_pm
Kumpulan sasaran: Guru & Murid (Darjah 1 – Tingkatan 5)

Program yang berfokuskan guru dan murid ini akan diadakan pada minggu ketiga cuti sekolah. Tujuan utama program ini adalah untuk membolehkan guru dan murid mendapat ilmu pengetahuan bukan sahaja mengenai penggunaan teknologi Microsoft dalam pendidikan tetapi juga mengenai penggunaan teknologi secara selamat. Adalah juga dimaklumkan bahawa pihak pengajur telah menyediakan pelbagai hadiah menarik untuk memastikan penyertaan yang aktif daripada guru dan murid.

Sehubungan dengan itu mohon jasa baik pihak tuan untuk hebahkan perkara ini dengan memanjangkan risalah berbentuk pdf yang dilampirkan dalam e-mel ini kepada warga pendidik agar mereka dapat kongsikan maklumat tersebut kepada murid melalui platform yang mereka sering gunakan seperti Telegram dan sebagainya. Pendaftaran bagi menyertai program ini boleh dibuat dengan melayari https://aka.ms/fun-tastic-registration .

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, pihak tuan boleh menghubungi saya, Puan Jayanthi Jayaraman, Penolong Pengarah, SPTP di talian 03-20817178/ [email protected]. Sekian, terima kasih.

About The Author

Shares