Select Page

Aku Sebatang Pen Digital

Aku Sebatang Pen Digital

Siri Webinar EdTechTools: Mudahnya Mengajar Secara Digital

Tema: OneNote, Whiteboard, Edge, Word, Excel, PowerPoint tidak akan lengkap tanpa PEN DIGITAL

‘Chalk and Talk’. Cukup sinonim dengan seorang guru, seorang pendidik, bukan?! Peralihan zaman membawa kita semua dari kapur dan papan hitam ke ‘marker pen’ dan papan putih. Namun, Covid 19 telah mengubah semuanya.

Ramai di antara kita kini sudah agak selesa dengan Pen Digital dan Tablet bagi meneruskan tugas menyampaikan ilmu kepada pelajar-pelajar kita.

Tahukah semua, Pen Digital bukan hanya sekadar menggantikan kapur atau ‘marker pen’, ia mampu melakukan lebih dari apa yang kita bayangkan.
Temui saya secara live streaming dari Streamyard menggunakan OBS Virtual Kamera. Kali ini, kita akan meneroka kisah “Aku Sebatang Pen”.

Saksikan bagaimana saya akan terus bereksperimen dengan Produk Office 365, Microsoft Surface Pro 7+, Surface Pen dan sudah tentu dengan OBS Studio yang super awesome ❤️🖤

Malam ini kita akan ada cabutan bertuah menggunakan Pick A Name Feature, salah satu feature menarik di dalam ClassPoint yang akan saya persembahkan menggunakan Microsoft PowerPoint.

Jumpa nanti🥰

🗓 28 Februari 2022 (Isnin)
⏰ 9.00 malam
📍 YouTube Channel Dr. Sue

🕹Anjuran ⏩ Microsoft Education Malaysia
🤝 Kerjasama ⏩ AR Edutech Sdn. Bhd. dan SSTP JPN Selangor
🔴[LIVE] dari YouTube Channel Dr. Sue di pautan berikut ⏬⏬⏬

📝 Seluruh warga pendidik adalah dijemput untuk turut serta

🎗E-certificate disediakan
🧳5 hadiah cabutan bertuah
📲2 jam kredit SPLKPM

About The Author

Shares