Select Page

Ancaman Digital Terhadap Kanak-Kanak dari Sudut Digital

Ancaman Digital Terhadap Kanak-Kanak dari Sudut Digital

HEBAHAN MENGENAI WEBINAR AMALAN MESRA KANAK-KANAK DI SEKOLAH SIRI 4

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pasukan Advokasi Mesra Kanak-Kanak dari Fakulti Perubatan UKM dengan kerjasama Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) dan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan Webinar Amalan Mesra Kanak-kanak di Sekolah Siri 4.

Penceramah Webinar Amalan Mesra Kanak-kanak di Sekolah Siri 4 ini terdiri daripada Dr. Safinaz Mohd Khialdin, Pakar Perunding Oftalmologi Pediatrik, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan tajuk Ancaman Digital dan Rabun Jauh, Prof. Madya. Dr. Wong Sau Wei, Pakar Perunding Neorolofi Pediatrik, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan tajuk Ancaman Digital dan Epilepsi manakala moderator ialah Dr. Sabariah Baharun, Setiausaha Agung Kehormat, NCWO.

Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik dan kerjasama pihak tuan agar dapat memanjangkan makluman berkaitan webinar ini kepada semua sekolah di bawah tadbir urus pihak tuan. Pendaftaran SPLKPM akan diberikan semasa webinar berlangsung sahaja. Webinar Amalan Mesra Kanak-kanak di Sekolah Siri 4 akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 27 Disember 2021

Masa : 2.15 petang – 4.30 petang

Pautan : https://tinyurl.com/AncamanDigitalKanakKanak

Sekiranya pihak tuan mempunyai sebarang pertanyaan mengenai webinar ini, mohon hubungi, Puan Nurul A’syiqin binti Haris di talian 03-20818172 atau 016-4411502 dari Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amatlah dihargai.

About The Author

Shares