Select Page

MS Kaizala : Pembelajaran Mobile Sebenar

MS Kaizala : Pembelajaran Mobile Sebenar

Adakah cikgu-cikgu mengajar menggunakan whatapps atau telegram sekarang ? Apa kekangan cikgu ? Buat kuiz ? Guna banyak data ? Nak scan lampiran kerja sukar ? Terlalu banyak group untuk diuruskan ?

Apa kata cikgu-cikgu cuba Microsoft Kaizala sebagai platform pembelajaran menggunakan smartphone ? Apa itu kaizala ? Microsoft Kaizala adalah satu apps android dan IOS yang dibangunkan untuk memudahkan kerja-kerja di atas selain sebagai satu platform media sosial seperti whatsapps dan telegram.

Kelebihan Microsoft Kaizala

  1. Kumpulan Perbincangan : Boleh uruskan Group dan Subgroup (Contoh Tahun 1 dan dibawah Tahun 1 boleh dipecahkan nama kelas-kelas kecil atau Matapelajaran)
  2. Kuiz : Boleh buat kuiz dan terus keluar markah selepas jawab di dalam MS Kaizala itu sendiri
  3. Attendance : Boleh pantau kehadiran dan keberadaan mereka semasa musim PKP berdasarkan GPS dan Gambar Lokasi
  4. Auto Crop Camera : Ada kerja nak dihantar ? Tekan aplikasi kamera dalam MS Kaizala dan anda boleh snap dan autocrop buku atau whiteboard untuk dihantar tanpa perlu aplikasi pihak ketiga
  5. Training : Boleh buat kursus kecil dengan memasukan bahan-bahan video, link dan gambar dan selepas itu peserta boleh menjawab soalan-soalan training
  6. Permainan uji minda : Ada sub permainan kecil seperti chess, tic-tac dan trivia sesama ahli group untuk mencabar minda.
  7. Kad Peneguhan : Cikgu boleh hantar kad galakan well done, good job dan sebagainya kepada murid yang berjaya habiskan task
  8. Data rendah : Ramai guru dan parent mengadu kehabisan data dan line yang perlahan. MS Kaizala menggunakan data hanya serendah 2G untuk berfungsi tidak seperti telegram dan whatsapps yang memerlukan internet yang stabil.
  9. Undian terbina dalam : Boleh buat poll undian dan data undian terus masuk dalam MS Excell untuk analisis kemudian.

Cara buat kuiz kredit kepada Youtube ini.

Video promo apa itu Kaizala

Di Indonesia MS Kaizala terkenal sebagai medium perhubungan SME kerana produk boleh dijual beli secara mudah dan akses internet meluas kerana MS Kaizala menggunakan data yang amat rendah iaitu 2G untuk terus berhubung. Malah di Malaysia pihak PLUS Highway menggunakan MS Kaizala sebagai alat berhubung on site kerja-kerja penyelenggaraan.

Apa kata cikgu cuba sekarang ? dan kongsikan pengalaman cikgu melalui komen-komen di bawah ?

Download MS Kaizala di https://products.office.com/en/business/microsoft-kaizala?market=af Kena bayar ? Ia free abaikan business model tersebut.

Jangan lupa sertai kami Digital Classroom di MS Kaizala Group dibawah dengan masukan pin, atau klik link atau scan QR Code diberikan. Kami akan cuba membantu anda.

PIN Group 3526820521 atau klik link : https://join.kaiza.la/p/DAiFZO_iT-ObvPmLjlS_Mw

About The Author

Shares