Select Page

Anda mesti sudah mengetahui bahawa KPM telah mengeluarkan panduan untuk membuat sandaran backup Frog Drive dan Google Drive 1BestariNet bukan ? (rujuk surat KPM 100-15/1/12 (7) bertarikh 3 Mei 2019)

Diberikan panduan seperti dibawah

Cara tersebut adalah digalakan cuma jika anda kekurangan ruangan simpanan hardisk fizikal dan ingin backup ke Google Drive anda sendiri bagaimana ?

Kami ingin tunjukan cara yang lebih mudah iaitu pindahkan Google Drive 1BestariNet ke Google Drive anda sendiri (kalau anda ada Google Apps for Education lagi mudah)

Tutorial Bagaimana Pindah Files Antara Google Drive ke Google Drive yang Lain

Jika anda hendak memindahkan (move) fail antara Google Drive 1BestariNet ke Google Drive anda sendiri tanpa perlu download dan reupload kembali ikut cara dibawah :

1.Buka akaun Google Drive 1BestariNet

2. Kenalpasti folder atau fies yang anda hendak pindah ke Google Drive baru

3. Klik kanan atas fail atau folder dan pilih “share” atau klik icon “share” (lihat tanda no.1 dalam screenshot dibawah)

Google Drive Share

4. Masukan nama Akaun Google Drive kedua yang anda hendak pindah. Klik dalam Advanced. dalam Sharing settings tukarkan permission kepada Is Owner. Klik butang biru Send

5. Log masuk akaun Google Drive kedua dan klik pada menu Shared with me dan cari shared folder tadi

6. Google Drive tak benarkan anda copy folder akan tetapi benarkan anda copy fail-fail di dalamnya. Pindahkan ke ke folder baru dan susun ikut susunan anda

Google Drive Make a Copy

klik kanan setiap file (atau select all) dan klik pada menu Make a copy. bagi nama baru atau pindah ke dalam folder baru

7. Kembali ke Google Drive 1BestariNet dan anda boleh delete folder dan fail lama anda.

Guna Google Takeout

Atau cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan Google Takeout. Log masuk akaun Google Drive 1BestariNet dahulu dan klik Google Takeout dan masukan akaun Google Drive yang hendak dipindahkan dengan satu klik sahaja.

Pastikan files yang ada dalam Google Drive 1BestariNet tidak melebihi 15GB jika anda menggunakan Google Drive daripada akaun biasa.